Friday, April 11, 2008

Bagaimana Orang-orang Berjaya Menghadapi Kritikan

Orang-orang berjaya tahu, kritik adalah sebahagian dari proses mencapai kejayaan. Mereka tahu, mereka takkan dapat mengelak dari menerima kritikan pedas dan yang negatif.

Kerana, lebih banyak kejayaan yang mereka capai, lebih banyak kritikan yang mereka terima.

Semua pemimpin besar, semua usahawan dan semua selebriti terkenal menerima berjuta kritikan negatif setiap hari. Tetapi mereka tak kisah semua tu, they just keep moving forward!

Itulah cara mereka. Ketahanan mental dan kesabaran tinggi amat perlu bila berdepan kritikan negatif. Mereka tahu hal ini, sebab itu mereka tenang saja bila berdepan dengan banyak kritikan dari orang di sekeliling mereka.

Usaha mencapai impian memerlukan Anda menjadi berani, tangkas, rajin dan yang paling penting, bijak mengurus kelemahan-kelemahan Anda. Semua orang ada kelemahan, cuma mereka tak berusaha memperbaikinya setiap hari.

Jadilah seorang yang rajin berusaha, bermotivasi dan punya misi tersendiri.

Susah hati sebab dikritik akan menyebabkan motivasi Anda menurun, kesannya usaha Anda turut 'down'.....

Wednesday, March 26, 2008

KURSUS FOTOGRAFI (DIGITAL)



Pada 25 dan 26 Mac kami telah menghadiri kursus fotografi (digital) bertempat di Unit TSP, Institut Perguruan Raja Melewar Seremban . Mula2 masuk bilik kursus terbayang2 kenangan setahun kat IPPM pada 2007. Petang tadi pensyarah/fasilitator bagi tugasan individu yang mesti disiapkan dalam masa kurang 3 jam. Semua peserta kursus yang seramai 25 orang tekun menyiapkan tugasan masing2 lebih2 lagi pensyarah mengumumkan hadiah lumayan telah disediakan bagi yang memperolehi nilaian terbaik. Setelah cukup masa yang ditetapkan, tugasan kami semua telah dikumpul dalam pen drive dan akan dinilai oleh beberapa orang pensyarah...Dalam majlis penutupan tadi, En Redzuan Radzi telah mengumumkan bahawa Ct Nurani memperolehi tempat kedua!!!
Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Ketua Unit TSP Tn Hj.Rekkeman Bin Kusut.
Terharu ada,,bangga pun ada. Bermakna,,,ct kini bukan seperti ct yang dulu...

Wednesday, March 19, 2008

:: ..SALAM MAULIDUR RASUL.. ::



Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepulus kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun
boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi puj ian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari
di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti
Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Gelaran orang yang tidak berselawat

i) Gelaran penghinaan.

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.“

ii) Gelaran bakhil (kedekut)

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. “

Friday, March 14, 2008

Berhati-hati Mendengar Lagu Sedih

Berhati-hati dengan perkataan yang anda baca, dengar dan lihat. Sebab, perkataan banyak menerbitkan energi yang berlainan sama ada positif atau negatif.

Dengar, baca atau pandang perkataan negatif (sedih, resah, duka, kecewa, sengsara, ditinggalkan, marah, pilu dan geram) akan menerbitkan energi negatif dari minda. Kesannya, badan anda dikelilingi gelombang negatif.

Kesannya, minda separa sedar anda mula menarik situasi-situasi negatif, orang perseorangan yang negatif dan benda-benda negatif yang anda tak nak. Kita tak nampak semua gelombang minda ni, tapi ia ada.

Sama juga macam gelombang hanphone, tak nampak tapi anda baru saja menggunakannya tadi, betul tak?

Bila anda selalu dengar lagu yang sedih, pilu, murung dan kecewa, minda separa sedar anda akan memberi respon. Cemana responnya? Ia meneribitkan energi berdasarkan perkataan yang anda dengar, baca dan pandang lalu membentuk gelombang minda yang seterusnya mempengaruhi emosi anda.

Lebih banyak anda dengar lagu yang beremosi negatif sebegini, lebih banyak minda anda menarik situasi-situasi negatif yang anda tak mahu. Semuanya akan terjadi tiba-tiba.

Misalnya, kunci kereta anda hilang, pintu cermin pecah lalu terkena mata anda, masalah kewangan, dokumen penting hilang tiba-tiba, Anda terjatuh dalam parit, kaki anda terseliuh dan bermacam lagi masalah lain yang negatif. Jika anda pernah mengalami keadaan sebegini, maknanya minda anda penuh dengan energi negatif hasil dari kerajinan anda membaca, mendegar dan memandang perkataan yang negatif.

Orang-orang yang bermotivasi tinggi, suka dengar lagu rancak, energetik, emosi cinta, kasih sayang dan yang memberi semangat kerana ia menerbitkan energi positif dari minda separa sedar mereka. Bahkan, 'pantang' mereka mendengar untuk tidak mendengar lagu sedih, berita sedih mahupun isu-isu buruk.

Kurangkan mendengar lagu sedih-sedih ni. Memang sedap di dengar dan syok dilayan, tapi ia mengundang situasi sedih, pilu dan suasana yang membuat Anda murung berpanjangan tanpa dipinta. Ia menurunkan motivasi anda.

Saturday, March 1, 2008

PERHATIAN : Keselamatan Telefon Bimbit




• Jangan buat/terima panggilan ketika telefon bimbit sedang dicaj.


Amaran berikut kite terima melalui email. Walaupun email ini telah lama tersimpan tetapi oleh kerana amaran ini kelihatannya serius dan penting untuk diberikan perhatian, rasa terpanggil juga nak mengingatkan semua agar berhati-hati dalam menggunakan alat ini.
Namun tidaklah dapat menjamin kesasihan sumber maupun kandungan makluman ini.

Friday, February 29, 2008

Nik Aziz Belasah Pak Lah Dalam Ecer

Bagi sesiapa yang belum membaca teks ucapan Tuan Guru,,

www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=71581

Hayati dan selami....

Kelantan yang tidak ada pembangunan dan ketinggalan.....

Pantai Timur shopping centre


Masjid Sultan Ismail Kubang Kerian(dekat rumah kite)



Pasar Besar Siti Khadijah



Sunday, February 17, 2008

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2008


Semua guru pendidikan Islam di wajibkan menghadiri multaqa ini. Tujuh buah bas disediakan oleh PPD Seremban untuk kemudahan kami ke putrajaya tapi kite ke sana bawa kereta sendiri. Sheikhul Azhar, Dr. Mohammad Sayyed al-Tantawi tak dapat hadir…


ATURCARA MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2008

Dirasmikan Oleh:
YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran MalaysIa

Tarikh:
17 Februari 2008 (Ahad)

Tempat:
Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya.

08.00 pagi: Pendaftaran Peserta
09.00 pagi: Ketibaan YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama Islam Kepada YAB Perdana Menteri
09.15 pagi:
Aluan pengacara Majlis,
Negaraku,
Doa,
Ucaputama YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama Islam Kepada YAB Perdana Menteri
10.00 pagi: Minum Pagi

10.30 pagi: Forum Pendidikan bertajuk : "Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Untuk Pembangunan Negara : Satu Harapan" oleh Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi b Abd Majid, Dr. Zahazam b Mohamad, Us Mohd Husni b Abd Rahman.
12.15 tgh: Penyampaian cenderamata kepada YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, pengerusi dan ahli panel forum oleh Us Abd Rashid b Ngah, Pengarah BPPIM JAPIM
12.30 tgh: Makan Tengahari dan Solat Zuhur
02.00 petang: Kehadiran Tetamu Jemputan dan Para VIP

02.15 petang: Kehadiran YBhg Sheikhul Azhar, Dr Mohammad al¬Tantawi

02.20 petang: Kehadiran YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom

02.30 petang: Majlis Perasmian Bermula Aluan Pengerusi Majlis Bacaan al-Quran Ucapan Aluan Oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Multaqa Guru Pendidikan Islam Tahun 2008, Us Abd Rashid b Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, KPM

Ucapan Amanat oleh Sheikhul Azhar, Dr. Mohammad Sayyed al-Tantawi

Ucapan Perasmian Multaqa oleh YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom

Penyampaian Cenderahati kepada Ahli Forum dan Sheikhul Azhar oleh YBhg Dato' KPPM

Penyampaian Cenderamata kepada Dato' KPPM oleh YBhg Pengarah BPPIM, JAPIM

Doa Penutup
Majlis Bersurai
Jamuan minum petang
04.30 petang: Sidang Akhbar YBhg Dato' KPPM di Bilik Menunggu VIP

Thursday, February 7, 2008

Valentine's Day Dari Pandangan Aqidah, Syariat Dan Akhlak

Mutakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari. Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.

Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Menurut beberapa laman Web yang mempromosikan sambutan Valentine ini, nama penuh sambutan ini ialah Saint Valentine’s Day. Ia bermula pada zaman Empayar Rom. Di zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi memperingati seorang permaisuri dewa-dewi Rom yang bernama Juno. Masyarakat Rom mengganggap beliau sebagi dewi kepada wanita dan perkhawinan. Pada hari yang berikutnya iaitu 15 Febuari, bermula pesta Lupercalia. Pada zaman itu, pemuda dan pemudi tidak dibenarkan bercampur. Walaubagaimanapun, pada malam sambutan Lupercalia, nama pemudi ditulis di atas sekeping kertas dan diletak di dalam satu balang. Setiap pemuda akan memilih nama-nama pemudi yang terdapat di dalam bekas tersebut dan nama yang tertera akan menjadi menjadi teman kepada pemuda tersebut sepanjang pesta Lupercalia. Bahkan kadan-kadang akan menjadi teman sepanjang tahun dan biasanya mereka akan jatuh cinta lalu berkhawin.

Di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang zalim, Rom terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Beliau berpendapat sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai askar ialah kerana mereka sukar meninggalkan buah hati dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Calaudius telah membatalkan semua perkhawinan dan pertunangan bagi masyarakat Rom.

Saint Valentine adalah salah seorang paderi Rom ketika itu. Dia dan seorang paderi lain yang bernama Saint Marius telah membantu para pejuang Rom yang ‘Syahid’ dan secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan Rom yang ingin berkhawin. Dengan sebab kesalahan ini, beliau telah tangkap, dipenjara, dan dikenakan hukuman bunuh. Beliau dianggap syahid oleh orang-orang Kristian pada 14 Februari sekitar tahun 270 M. Pada tarikh tersebut juga, berdasarkan kepada amalan purba Rom, diadakan sambutan Lupercalia dimana pemuda akan mencari pasangan. Paderi-paderi Kristian mahu memasukkan ke dalam perayaan tersebut unsur-unsur Kristian lalu diberi nama Saint Valentine’s Day.

Menurut satu versi, semasa Saint Valentine berada di dalam penjara, ramai golongan muda menziarahi beliau sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorangnya ialah anak gadis kepada salah seorang pengawal penjara. Beliau dan gadis tersebut sering berbual. Gadis itu memberikan sokongan kepada beliau sehingga beliau merasakannya dirinya kekal bersemangat. Pada hari beliau dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan satu nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan “Love from your Valentine”. Dipercayai nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Itulah serba sedikit sejarah permulaan Valentine’s day dan sambutan ini semakin hari semakin berkembang di dalam masyarakat kristian sebagai memperingati perjuangan Saint Valentine sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Sambutan diadakan dalam pelbagai bentuk yang bertemakan cinta berdasarkan naluri seksual antara lelaki dan perempuan yang bukan suami dan isteri. Ucapan, perjumpaan, parti dan lain-lain acara diadakan bagi menghangatkan sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada sejarah, cara, dan tujuan sambutan, ia nyata sekali bercanggah dengan Islam dari sudut Aqidah, Syariat, dan Akhlak.

Dari sudut Aqidah, sambutan ini diadakan bagi memperingati seorang tokoh agama Kristian yang telah memperjuangkan kebebasan kepada penganut Kristian dan bukannya semata-mata untuk meraikan kekasih. Tambahan pula ianya disambut oleh orang-orang Kristian dan ada sangkut paut dengan keagaamaan Kristian. Orang Islam dilarang sama sekali untuk sama-sama melakukan sambutan sama seperti sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sesiapa yang melakukannya dalam keadaan sedar dan maklum tentang implikasinya akan mengakibatkan aqidahnya rosak dan boleh membatalkan imannya.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu.

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan.

Para Ulama’ semasa juga telah mengeluarkan fatwa agar umat Islam tidak menyambut Valentine’s Day ini. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa berikut: “Seseorang Islam dilarang menyambut dan memberi ucapan sempena sambutan ini.” Al marhum Sheikh Muhammad al Uthaimeen juga telah mengeluakan pendapat menegah umat Islam menyambut sambutan ini. Beliau telah menyatakan: “ Seseorang Islam mestilah bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengikut orang lain secara membabi buta”.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.

Sunday, February 3, 2008

Perumpamaan Solat Lima Waktu

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Adakah kamu semua mengetahui, andaikata di hadapan pintu seseorang di antara kamu itu ada sebatang sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya?"

Para sahabat menjawab: "Tidak ada kotoran sedikitpun yang tertinggal di badan nya."

Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Demikian itulah perumpamaan solat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua kesalahan."

(Muttafaq 'alaih)

Friday, January 18, 2008

:::Motivasi buat 3 pejuang yang akan berjuang menghadapi peperiksan tahun ini :::




TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan


PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.
Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.


PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
• Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
• Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
• Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
• Jangan lupa ambil sarapan pagi
• Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
• Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
• Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
• Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
• Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

• Dengar arahan pengawas peperiksaan.
• Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
• Lihat semua soalan.
• Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
• Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
• Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
• Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
• Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
• Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
• Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
• Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
• Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
• Pilih soalan yang paling banyak isi
• Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu

• Mulai menjawab dengan tenang
• Jawab semua soalan yang ditetapkan.
• Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
• Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
• Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
• Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
• Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
• Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Monday, January 14, 2008

Sekadar renungan......

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekal kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah ia sekadar keperluanmu....apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaakannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, memyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.....

Sunday, January 6, 2008

Yang Mana Dulu?

Mana yang dulu, berfikiran positif atau bertindak positif? Mana yang lebih utama?

Orang yang berfikiran positif, tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan olehnya semua positif. Benar, semua bermula dari fikiran, namun adakalanya fikiran tak selari dengan perbuatan. Kekadang bila dikuasai emosi, tindakan lebih menjurus kepada yang negatif walaupun sebelum ini Anda berfikiran positif.

Tetapi, orang yang bertindak positif, fikiran dan perbuatannya selari. Sama-sama positif. Dia fikir positif dulu kemudian baru bertindak.

Anthony Robbins pernah berkata, "saya tak percaya pada pemikiran positif, tetapi saya percaya pada tindakan positif". Berfikir kemudian tak buat apa-apa tak memberi apa-apa hasil.

Tetapi, bertindak mengikut pemikiran positif membuahkan hasil!

Anda yang mana satu?

Wednesday, January 2, 2008

Pelajar Cemerlang SMU


Tahniah diatas kejayaan adik tersayang meraih gelaran salah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SMU 2007. Kecemerlangan adik adalah bukti kesungguhan adik. Teruskan kecemerlangan dalam SPM tahun 2008 sebagaimana PMR 2006. InsyaAllah adik akan dapat buktikan pada semua yang pelajar aliran agama pun boleh berjaya dengan cemerlang....
Harap dengan kejayaan adik ni,adik dapat bantu dalam perjuangkan agama Allah.....