Sunday, January 6, 2008

Yang Mana Dulu?

Mana yang dulu, berfikiran positif atau bertindak positif? Mana yang lebih utama?

Orang yang berfikiran positif, tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan olehnya semua positif. Benar, semua bermula dari fikiran, namun adakalanya fikiran tak selari dengan perbuatan. Kekadang bila dikuasai emosi, tindakan lebih menjurus kepada yang negatif walaupun sebelum ini Anda berfikiran positif.

Tetapi, orang yang bertindak positif, fikiran dan perbuatannya selari. Sama-sama positif. Dia fikir positif dulu kemudian baru bertindak.

Anthony Robbins pernah berkata, "saya tak percaya pada pemikiran positif, tetapi saya percaya pada tindakan positif". Berfikir kemudian tak buat apa-apa tak memberi apa-apa hasil.

Tetapi, bertindak mengikut pemikiran positif membuahkan hasil!

Anda yang mana satu?

3 comments:

TokMoh said...

Dalam Islam bila kita fikir je nak buat baik,dah diberi pahala.Tapi kita jangan dok fikir pasal pahala tu je. Yang penting ialah fikir nak buat benda baik dan memberi faedah kepada semua orang.Contohnya bila kita bangun pagi dgn penuh semangat nak gi sekolah, tak rasa malas2 dan fikir nak pandaikan anak murid, ganjarannya amat tinggi...kan gitu ya ustazah CT.

ct said...

tokmoh:
masaalahnya bangun pagi dengan penuh tak ada semangat!!!

TokNabe said...

berfikir dulu baru bertindak. itu yang sebetulnya. Positif tu datang kalau tindakan tu betul. Yang mana dulu ? Yang tu kira mana sempat.. kalau sempat fikir...fikir, kalau tak sempat fikir ambil tindakan dulu. Kira mana yang mendatangkan positif ler... poning..poning ambo.