Sunday, February 3, 2008

Perumpamaan Solat Lima Waktu

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Adakah kamu semua mengetahui, andaikata di hadapan pintu seseorang di antara kamu itu ada sebatang sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya?"

Para sahabat menjawab: "Tidak ada kotoran sedikitpun yang tertinggal di badan nya."

Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Demikian itulah perumpamaan solat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua kesalahan."

(Muttafaq 'alaih)

4 comments:

Anonymous said...

Andaikata kita mendirikan solat, dalam masa yang sama kita sering mengumpat hal peribadi orang lain atau hati kita penuh dengan sifat kebencian dan hasad. Solat yang kita dirikan hanyalah merupakan amalan ritual yang tiada ertinya. Seharusnya Ibadah solat yang kita lakukan dapat membendung diri kita dari segala sifat-sifat kekejian dan menjadikan kita muslimin yang mempunyai nilai-nilai mulia. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Angkabut Ayat 45:

Maksudnya:” Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar “

Anonymous said...

Berbahagialah wahai orang2 yang istiqamah dalam solatnya..

Anonymous said...

jwb muslim:
Selain dapat mencegah kemungkaran, solat yang dihayati juga dapat mengikis sifat mazmumah. Antaranya sifat sombong, dengki, dendam, bakhil, khianat, pemalas, pengotor dan sebagainya. Ini adalah kerana setiap kali mengerjakan solat, kita terasa diri hina di depan Tuhan. Begitulah jika solat dapat dipertingkatkan, sifat-sifat yang keji akan dapat dikikis dari masa ke semasa.Tapi sebaliknya, perlu diingat ada segolongan manusia yang semakin dia solat semakin jauh pula dia dari Allah. Mereka ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang derhaka dalam taat. Mereka sebenarnya membina rasa ketuhanan dalam solat. Bila rajin melakukan solat, mereka rasa diri mereka sudah baik dan selamat serta tidak takut dengan murka Allah.

Ct Nurani said...

jwb anonymous:
InsyaAllah kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang tidak lalai dalam mengerjakan solat...