Monday, December 3, 2007

RINDU BERTANDANG LAGI...

Andai dapat ku undurkan waktu

Inginku kembali…...

Meniti hari-hari semalam

Mengukir nama-nama itu

Yang sentiasa meniti di bibir

Di saat aku mengharapkan

Tika ini ….

Rindu bertandang lagi

Pada nama-nama itu

Ketika diri ini

Tidak berdaya

Menyelesaikan sendiri

Fikiranku buntu….

Hatiku resah…..

Gelora dijiwa kian mencengkam

Apakah ini noktahnya?

Kala ini…..

Rindu itu kian membara

Mencari nama nama itu

Semakin terasa kehangatannya

Tatkala aku sendirian

Buntu memikirkan

Bagaimana harus aku mulakan

Kerana………

Segala yang dipelajari telah hilang

Dari lubuk ingatan……..

2 comments:

Anonymous said...

Pandainyo dio nulis sajok pulok....tak sia2 gi kursus setahun, selain pandai IT pandai jugok nuis sajak.

Anonymous said...

masaalohnyo hok belaja tok pandai,,nyo gi pandai benda lain la pulok...