Sunday, December 30, 2007

Memupuk Fikiran Positif Memerlukan Latihan

Melatih diri untuk berfikiran positif sebenarnya boleh dilakukan. Anda kena rajin berlatih. Ini beberapa tips untuk memupuk fikiran positif dan tindakan yang positif.

1. Berani Berubah.
Hijrahkan diri Anda kepada yang baik-baik, cakapan yang baik-baik dan menumpu pada aspek yang baik saja, walau seburuk manapun orang lain memperlakukan Anda. Ubah pemikiran kepada yang baik-baik, pinggirkan rasa sakit hati, dengki, iri hati, meluat, menyampah, marah, cemburu dan tak puas hati, kerana sikap sebegitu memusnahkan diri Anda sendiri tapi Anda sedari dalam diam.

Yakinlah orang yang berkelakuan baik takkan pernah rugi, bahkan aura kebaikannya mendapat tempat istimewa di hati setiap orang. Walaupun pernah kebaikan Anda dibalas dengan kejahatan dan sesekali Anda diperbodohkan, tapi kebaikan selalu menang dan kesannya berpanjangan.


2. Rajin Beristighfar.
Mohon keampunan pada Allah swt kerana fikiran negatif sebenarnya adalah bisikan syaitan yang sememanya mahu manusia bermusuhan dan menjadi jauh dari Allah. Rajin berisighfar akan dapat meneutralkan getaran emosi negatif yang muncul di dalam minda, hati, jiwa dan sanubari.

Orang yang rajin beristighfar dirinya dekat dengan Allah dan kesannya, dia dekat dengan rahmatnya dan segala kekayaannya. Pernah tak nampak orang yang dengki dan yang selalu iri hati menjadi kaya dan berjaya?


3. Kawal Perkataan.
Hati-hati bila Anda berkata-kata pada orang lain dan pada diri sendiri. Seboleh-bolehnya, elak dari mengumpat orang, berkata keburukan orang lain, mengomplen, mengkondem mahupun menyatakan rasa tidak puas hati Anda pada sesiapa saja. Kata-kata buruk yang Anda ucapkan di kala ini cenderung kepada yang negatif, lalu emosi Anda juga berubah menjadi negatif serta merta.

Kawal perkataan Anda di fikiran dan di dalam hati. Kalau ada keluar yang negatif, cepat-cepat tukar kepada yang positif jadi gelombang minda yang terhasil dari perkataan negatif tu dapat dineutralkan semula. Jadi, fikiran Anda dipenuhi oleh gelombang emosi positif.


4. Disiplin.
Biasakan diri memandang yang baik-baik saja pada semua orang. Anda terbiasa dengan fikiran negatif kerana dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, yang berkata yang negatif di kedai kopi, di cyber cafe, di rumah, dipejabat dan sehingga nak masuk tidur.

Disiplinkan diri Anda untuk dekat dengan hal-hal positif, latih diri untuk kagum pada orang lain (walau sekecil manapun pencapaiannya dan sekecil mana kelebihan dirinya) serta tekad untuk berkata baik pada semua orang.

Allah maha adil. Fikir negatif, maka Anda dapat yang negatif.

Ini hukum alam. Jadi, jangan sesekali mempersoalkan takdir mengapa Anda seringkali gagal, apa yang Anda buat tak menjadi dan hidup Anda asyik di rundung masalah tak kira dalam aspek kewangan, kerjaya, perhubungan mahupun emosi. Takde istilah kebetulan dan tiba-tiba, sebenarnya ia ditarik oleh kuasa minda separa sedar dengan keizinan Allah swt.

Itu salah satu kelebihan minda separa sedar yang ramai orang tak tahu dan ramai orang tak teringin nak tahu sebab pada mereka hal sebegini membuang masa, tahyul dan tak memberi kesan lebih-lebih bila ia masuk kepada persoalan duit. Tapi, bagi yang tahu menggunakan kelebihan minda dan merasai kesannya, sudah tentu merasa gembira kerana mereka boleh mencapai apa saja yang mereka mahukan.

::: Tentang Wanita :::

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Wanita yang membujang adalah wanita yang belum menemukan penghibur duka dan dia akan memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Seorang wanita tidak mampu membohongi diri sendiri bahawa dia masih setia pada cinta pertama.

5. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

6. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

7. Wanita sering teruja memerhatikan wajah lelaki yang mampu mengingatkannya pada seseorang yang sentiasa berada dalam hatinya.

8. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak mampu melupakannya.

9. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

10. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

11. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

12. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

13. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

14. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

15. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

16. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

17. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

18. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

19. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

20. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

21. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

22. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

23. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

24. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

25. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

26. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : kedut, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

27. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

28. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

29. wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.

30. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Saturday, December 15, 2007

Adab Yang Baik Disemai Dari Kecil

Melentur buluh biar dari rebung. Serangkai kata dari pepatah orang tua mengingatkan kita betapa proses pendidikan hendaklah dimulakan sedari usia yang awal. Antara tanggungjawab yang amat penting sekali dan wajib diusahakan oleh ibu bapa ialah membiasakan anak-anak dengan adab dan budi pekerti mulia. Supaya dewasanya kelak, akhlaknya terpancar dari diri, lantaran ia telah mendarah daging dan menjadi pakaian peribadi.

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik.” (Riwayat Ibnu Majah)

Adab Bangun Tidur

  • Menjelang waktu tidur, ingat-ingatkan anak-anak tentang niatnya menjelang tidur iaitu supaya dengan tidur kita mampu mengerjakan solat, memiliki tubuh badan yang sihat dan dapat belajar dengan tenang. Jangan dijadikan amalan anak-anak tidur lewat kerana impak negtifnya pada kesihatan di samping menjejaskan tumpuan di sekolah.
  • Pesankan anak-anak jangan tidur setelah solat Subuh dan solat Asar kerana mewarisi kepapaan dan kegilaan.
  • Pesankan anak-anak jangan tidur sejurus selepas makan kerana bukan sahaja tidak baik pada kesihatan malah mewarisi sifat malas.
  • Ajarkanlah anak-anak berwuduk sebelum tidur.
  • Ajarkanlah anak-anak supaya tidur di atas sisi yang kanan. Dari petunjuk yang diberi Nabi s.a.w. dalam hal ini iaitu: “Hendaklah tidur mengiring ke kanan, sebab tidur mengiring ke kiri itu akan membahayakan jantung, dan menyesakkan pernafasan.”
  • Pastikan anak-anak mengenakan pakaian tidur dan memberus gigi sebelum tidur.Pastikan alas tidur dikibas dahulu sebelum mereka merebahkan badan.
  • Pesankan dan nasihati anak-anak agar memaafkan setiap kesalahan orang lain sebelum tidur. Di samping didiklah dia meminta maaf kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain.
  • Ajarkanlah anak-anak doa sebelum tidur:Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan hanya kepada-Nya kami kembali.”
  • Bimbinglah anak-anak membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas serta ayat Kursi sebelum melelapkan mata. Fadilat mengamalkan surah ini, diri akan terhindar dari gangguan jin dan manusia.

Pada waktu pagi:

  • Alangkah baiknya jika tatkala anak bangun tidur, kita iringi kesedaran mereka itu dengan zikir kepada Allah iaitu dengan membaca doa ini:“Segala puji-pujian bagi Allah, yang telah menghidupkan kita, sesudah dimatikan kita, dan kepada-Nyalah kita akan kembali.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adab Masuk Bilik Air dan Tandas

Apabila si anak mempunyai hajat untuk memasuki bilik air, maka ajarilah dia adab-adab masuk ke tandas dan adab-adab istinja’ (mensucikan diri dari najis):

  • Ajarlah anak supaya dia mendahulukan kakinya yang kiri, ketika hendak masuk ke dalam bilik air, dan mendahulukan kaki kanan ketika hendak keluar. Ini kerana ajaran agama menuntut kita memulakan dengan kanan pada hal-hal yang baik, dan memulakan yang kiri pada hal-hal yang kurang baik.
  • Pakailah selipar atau apa saja bentuk alas kaki. Tekankan pada anak-anak supaya menutup kepala dengan kopiah dan seumpamanya.
  • Ajarlah anak ketika masuk bilik air supaya membaca doa ini:“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Ajarkanlah anak supaya tidak membawa bersamanya apa-apa yang tertulis nama Allah, sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila masuk ke dalam tandas, diletakkannya cincinnya di luar yang di atasnya terukir nama ‘Muhammad Rasul Allah’.” (Riwayat al-Hakim)
  • Ajarkanlah anak supaya tidak menghadap kiblat, dan tidak pula membelakangkan kiblat, sebagaimana pesanan baginda dalam sabdanya:“Jika kamu hendak buang air besar, maka janganlah kamu menghadap kiblat, dan janganlah membelakanginya, akan tetapi hadapilah ke timur dan ke barat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Ajarkanlah anak supaya tidak melepaskan hajat di tempat teduhan ramai, di perjalanan dan di tempat-tempat duduk awam. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, “Telah berkata Rasulullah s.a.w.: ‘Jagalah diri kamu dari dua kutukan!’ Para Sahabat bertanya, ‘Apa itu dua kutukan?’ Jawab baginda, ‘Orang yang melepaskan hajatnya di jalanan orang ramai, atau di tempat teduhan mereka’.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
  • Ajarkanlah anak supaya tidak berkata-kata sekalipun menjawab salam pada waktu melepaskan hajat. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya, daripada Ibnu Umar bahawasanya seorang lelaki di sisi Nabi s.a.w ketika itu baginda sedang buang air kecil, maka orang itu memberi salam kepadanya, tetapi baginda tidak menjawab salamnya.
  • Ajarkanlah anak supaya berdehem-dehem supaya tus air kencingnya. Ajarkan padanya cara-cara menyuci dirinya dari tempat najis supaya tidak terkena pada baju atau badannya. Kebanyakan seksa kubur berlaku ke atas orang yang tidak mengetus kencingnya iaitu sebagaimana diriwayatkan oleh ad-Daraquthni daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Telah berkata Rasulullah s.a.w.: ‘Tuskanlah dirimu dari kencing, sebab umumnya seksa kubur itu dari tidak mengetus dari kencing’.”
  • Ajarkanlah anak supaya tidak beristinjak dengan tangan kanan. Abu Qatadah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berkata, “Jika seseorang kamu buang air kecil, maka janganlah dia memegang zakarnya (kemaluannya) dengan tangan kanannya, dan janganlah berisitnja’ dengan tangan kanannya....” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Ajarkanlah anak-anak apabila hendak keluar dari tandas mendahulukan kaki kanan, sambil membaca doa ini:“Kupohon keampunan daripada-Mu.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)“Segala pujian bagi Allah yang telah menghilangkan bahaya daripadaku dan telah memulihkanku.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Ajarkanlah anak-anak ketika keluar dari tandas supaya membasuh kedua tangan dengan air dan sabun; iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i daripada Jarir bin Abdullah r.a., katanya: Aku bersama Nabi s.a.w. lalu baginda pergi ke tandas, serta menunaikan hajatnya. Kemudian baginda berkata: Wahai Jarir, bawakan air! Aku pun membawakan air kepadanya, dan baginda beristinja’, lalu baginda menggosokkan tangannya pada tanah. (Sekarang tanah boleh digantikan dengan sabun).

Koleksi ANIS /Oleh: Norhashimah Abd Rahman

Saturday, December 8, 2007

Monday, December 3, 2007

RINDU BERTANDANG LAGI...

Andai dapat ku undurkan waktu

Inginku kembali…...

Meniti hari-hari semalam

Mengukir nama-nama itu

Yang sentiasa meniti di bibir

Di saat aku mengharapkan

Tika ini ….

Rindu bertandang lagi

Pada nama-nama itu

Ketika diri ini

Tidak berdaya

Menyelesaikan sendiri

Fikiranku buntu….

Hatiku resah…..

Gelora dijiwa kian mencengkam

Apakah ini noktahnya?

Kala ini…..

Rindu itu kian membara

Mencari nama nama itu

Semakin terasa kehangatannya

Tatkala aku sendirian

Buntu memikirkan

Bagaimana harus aku mulakan

Kerana………

Segala yang dipelajari telah hilang

Dari lubuk ingatan……..

Saturday, December 1, 2007

TUNTUTAN PERJALANAN

"claim" perjalanan yang kita semua buat tu dah masuk ke belum,,kite punya dah… bagi yang belum tahu tu jangan malu-malu semak la sekarang.. http://emaklumweb.anm.gov.my/

dah tau tu takkan nak makan sorang2……