Friday, January 18, 2008

:::Motivasi buat 3 pejuang yang akan berjuang menghadapi peperiksan tahun ini :::




TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan


PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.
Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.


PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
• Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
• Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
• Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
• Jangan lupa ambil sarapan pagi
• Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
• Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
• Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
• Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
• Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

• Dengar arahan pengawas peperiksaan.
• Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
• Lihat semua soalan.
• Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
• Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
• Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
• Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
• Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
• Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
• Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
• Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
• Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
• Pilih soalan yang paling banyak isi
• Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu

• Mulai menjawab dengan tenang
• Jawab semua soalan yang ditetapkan.
• Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
• Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
• Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
• Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
• Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
• Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Monday, January 14, 2008

Sekadar renungan......

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekal kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah ia sekadar keperluanmu....apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaakannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, memyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.....

Sunday, January 6, 2008

Yang Mana Dulu?

Mana yang dulu, berfikiran positif atau bertindak positif? Mana yang lebih utama?

Orang yang berfikiran positif, tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan olehnya semua positif. Benar, semua bermula dari fikiran, namun adakalanya fikiran tak selari dengan perbuatan. Kekadang bila dikuasai emosi, tindakan lebih menjurus kepada yang negatif walaupun sebelum ini Anda berfikiran positif.

Tetapi, orang yang bertindak positif, fikiran dan perbuatannya selari. Sama-sama positif. Dia fikir positif dulu kemudian baru bertindak.

Anthony Robbins pernah berkata, "saya tak percaya pada pemikiran positif, tetapi saya percaya pada tindakan positif". Berfikir kemudian tak buat apa-apa tak memberi apa-apa hasil.

Tetapi, bertindak mengikut pemikiran positif membuahkan hasil!

Anda yang mana satu?

Wednesday, January 2, 2008

Pelajar Cemerlang SMU


Tahniah diatas kejayaan adik tersayang meraih gelaran salah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SMU 2007. Kecemerlangan adik adalah bukti kesungguhan adik. Teruskan kecemerlangan dalam SPM tahun 2008 sebagaimana PMR 2006. InsyaAllah adik akan dapat buktikan pada semua yang pelajar aliran agama pun boleh berjaya dengan cemerlang....
Harap dengan kejayaan adik ni,adik dapat bantu dalam perjuangkan agama Allah.....