Friday, February 29, 2008

Nik Aziz Belasah Pak Lah Dalam Ecer

Bagi sesiapa yang belum membaca teks ucapan Tuan Guru,,

www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=71581

Hayati dan selami....

Kelantan yang tidak ada pembangunan dan ketinggalan.....

Pantai Timur shopping centre


Masjid Sultan Ismail Kubang Kerian(dekat rumah kite)



Pasar Besar Siti Khadijah



Sunday, February 17, 2008

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2008


Semua guru pendidikan Islam di wajibkan menghadiri multaqa ini. Tujuh buah bas disediakan oleh PPD Seremban untuk kemudahan kami ke putrajaya tapi kite ke sana bawa kereta sendiri. Sheikhul Azhar, Dr. Mohammad Sayyed al-Tantawi tak dapat hadir…


ATURCARA MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2008

Dirasmikan Oleh:
YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran MalaysIa

Tarikh:
17 Februari 2008 (Ahad)

Tempat:
Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya.

08.00 pagi: Pendaftaran Peserta
09.00 pagi: Ketibaan YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama Islam Kepada YAB Perdana Menteri
09.15 pagi:
Aluan pengacara Majlis,
Negaraku,
Doa,
Ucaputama YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Penasihat Agama Islam Kepada YAB Perdana Menteri
10.00 pagi: Minum Pagi

10.30 pagi: Forum Pendidikan bertajuk : "Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Untuk Pembangunan Negara : Satu Harapan" oleh Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi b Abd Majid, Dr. Zahazam b Mohamad, Us Mohd Husni b Abd Rahman.
12.15 tgh: Penyampaian cenderamata kepada YBhg Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, pengerusi dan ahli panel forum oleh Us Abd Rashid b Ngah, Pengarah BPPIM JAPIM
12.30 tgh: Makan Tengahari dan Solat Zuhur
02.00 petang: Kehadiran Tetamu Jemputan dan Para VIP

02.15 petang: Kehadiran YBhg Sheikhul Azhar, Dr Mohammad al¬Tantawi

02.20 petang: Kehadiran YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom

02.30 petang: Majlis Perasmian Bermula Aluan Pengerusi Majlis Bacaan al-Quran Ucapan Aluan Oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Multaqa Guru Pendidikan Islam Tahun 2008, Us Abd Rashid b Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, KPM

Ucapan Amanat oleh Sheikhul Azhar, Dr. Mohammad Sayyed al-Tantawi

Ucapan Perasmian Multaqa oleh YBhg Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom

Penyampaian Cenderahati kepada Ahli Forum dan Sheikhul Azhar oleh YBhg Dato' KPPM

Penyampaian Cenderamata kepada Dato' KPPM oleh YBhg Pengarah BPPIM, JAPIM

Doa Penutup
Majlis Bersurai
Jamuan minum petang
04.30 petang: Sidang Akhbar YBhg Dato' KPPM di Bilik Menunggu VIP

Thursday, February 7, 2008

Valentine's Day Dari Pandangan Aqidah, Syariat Dan Akhlak

Mutakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari. Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.

Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Menurut beberapa laman Web yang mempromosikan sambutan Valentine ini, nama penuh sambutan ini ialah Saint Valentine’s Day. Ia bermula pada zaman Empayar Rom. Di zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi memperingati seorang permaisuri dewa-dewi Rom yang bernama Juno. Masyarakat Rom mengganggap beliau sebagi dewi kepada wanita dan perkhawinan. Pada hari yang berikutnya iaitu 15 Febuari, bermula pesta Lupercalia. Pada zaman itu, pemuda dan pemudi tidak dibenarkan bercampur. Walaubagaimanapun, pada malam sambutan Lupercalia, nama pemudi ditulis di atas sekeping kertas dan diletak di dalam satu balang. Setiap pemuda akan memilih nama-nama pemudi yang terdapat di dalam bekas tersebut dan nama yang tertera akan menjadi menjadi teman kepada pemuda tersebut sepanjang pesta Lupercalia. Bahkan kadan-kadang akan menjadi teman sepanjang tahun dan biasanya mereka akan jatuh cinta lalu berkhawin.

Di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang zalim, Rom terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Beliau berpendapat sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai askar ialah kerana mereka sukar meninggalkan buah hati dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Calaudius telah membatalkan semua perkhawinan dan pertunangan bagi masyarakat Rom.

Saint Valentine adalah salah seorang paderi Rom ketika itu. Dia dan seorang paderi lain yang bernama Saint Marius telah membantu para pejuang Rom yang ‘Syahid’ dan secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan Rom yang ingin berkhawin. Dengan sebab kesalahan ini, beliau telah tangkap, dipenjara, dan dikenakan hukuman bunuh. Beliau dianggap syahid oleh orang-orang Kristian pada 14 Februari sekitar tahun 270 M. Pada tarikh tersebut juga, berdasarkan kepada amalan purba Rom, diadakan sambutan Lupercalia dimana pemuda akan mencari pasangan. Paderi-paderi Kristian mahu memasukkan ke dalam perayaan tersebut unsur-unsur Kristian lalu diberi nama Saint Valentine’s Day.

Menurut satu versi, semasa Saint Valentine berada di dalam penjara, ramai golongan muda menziarahi beliau sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorangnya ialah anak gadis kepada salah seorang pengawal penjara. Beliau dan gadis tersebut sering berbual. Gadis itu memberikan sokongan kepada beliau sehingga beliau merasakannya dirinya kekal bersemangat. Pada hari beliau dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan satu nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan “Love from your Valentine”. Dipercayai nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Itulah serba sedikit sejarah permulaan Valentine’s day dan sambutan ini semakin hari semakin berkembang di dalam masyarakat kristian sebagai memperingati perjuangan Saint Valentine sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Sambutan diadakan dalam pelbagai bentuk yang bertemakan cinta berdasarkan naluri seksual antara lelaki dan perempuan yang bukan suami dan isteri. Ucapan, perjumpaan, parti dan lain-lain acara diadakan bagi menghangatkan sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada sejarah, cara, dan tujuan sambutan, ia nyata sekali bercanggah dengan Islam dari sudut Aqidah, Syariat, dan Akhlak.

Dari sudut Aqidah, sambutan ini diadakan bagi memperingati seorang tokoh agama Kristian yang telah memperjuangkan kebebasan kepada penganut Kristian dan bukannya semata-mata untuk meraikan kekasih. Tambahan pula ianya disambut oleh orang-orang Kristian dan ada sangkut paut dengan keagaamaan Kristian. Orang Islam dilarang sama sekali untuk sama-sama melakukan sambutan sama seperti sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sesiapa yang melakukannya dalam keadaan sedar dan maklum tentang implikasinya akan mengakibatkan aqidahnya rosak dan boleh membatalkan imannya.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu.

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan.

Para Ulama’ semasa juga telah mengeluarkan fatwa agar umat Islam tidak menyambut Valentine’s Day ini. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa berikut: “Seseorang Islam dilarang menyambut dan memberi ucapan sempena sambutan ini.” Al marhum Sheikh Muhammad al Uthaimeen juga telah mengeluakan pendapat menegah umat Islam menyambut sambutan ini. Beliau telah menyatakan: “ Seseorang Islam mestilah bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengikut orang lain secara membabi buta”.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.

Sunday, February 3, 2008

Perumpamaan Solat Lima Waktu

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Adakah kamu semua mengetahui, andaikata di hadapan pintu seseorang di antara kamu itu ada sebatang sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya?"

Para sahabat menjawab: "Tidak ada kotoran sedikitpun yang tertinggal di badan nya."

Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Demikian itulah perumpamaan solat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua kesalahan."

(Muttafaq 'alaih)