Thursday, November 29, 2007

HIBURKAN HATI SENDIRI

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau telah check-in di sebuah Hotel. Seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Dengan girangnye Nyonya Mei Lee mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! Kicik!! Tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? Katil mau titun pun tatak???? Haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."

Thursday, November 22, 2007

PETUA AWET MUDA

PETUA AWET MUDA bukan AWEK MUDA


Ramai yang bertanya apa rahsia wajah tegang dan sentiasa kelihatan berseri ceria.

Tak kurang juga yang minta petua camana nak kelihatan cantik dan muda walaupun dah berusia.

Ada yang meneka-neka, tertanya-tanya. Pakai krim anti-wrinkle? Cucuk vitamin C? Botox(no no) atau ikut macam dalam cerita susuk? Minta dijauhkan la yer amalan-amalan seperti itu.

Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan). Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja, menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas. Putaran alam lumrahnya sudah begitu. Tak mungkin putaran ini akan berhenti.

Tak patut rasanya bila sudah tua, terpaksa dan memaksa diri kelihatan muda dengan menggunakan alasan pakai susuk, botox, cucuk vitamin, buat pembedahan plastik atau lebih dikenali sebagai "Plastic Surgery" dan macam-macam lagi semata-mata hendak mengekang muda dan mengekalkan keremajaan.

Bila kita cuba ubah hukum ini maka akan jadilah perkara-perkara ganjil yang tidak pernah terbayang sebelum ini seperti kejadian muka, hidung dan anggota badan lain berubah sifat dan zat.

Paras wajah yang dicipta secantik-cantik kejadian oleh yang Esa tiba-tiba nampak ganjil, lucu dan seram. Yang paling ngeri apabila kejadian Allah diubah, hasilnya nampak cacat dan paling haru semua wajah nampak sama saja macam robot rosak. Bolehkah pengklonan yang dilakukan oleh manusia mengatasi maha pencipta?

Sewajarnya kita mengambil pengajaran dan jangan hidup dalam kepuraan (don't live in denial). Hakikatnya kita memang dah tua,,Terimalah kenyataan……

Sunday, November 18, 2007

Wednesday, November 14, 2007

CIRI-CIRI TAQWA

1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci


1.Ingat Dua Perkara

Pertama:

Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal

Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah SWT:

”Waamma bini’matihi rabbika fahaddith’.

Maksudnya:

”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha:11)

Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita.

Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

Kedua:

Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf.

Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara

Pertama:

Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.

Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.

Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.

Kedua:

Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.

Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.

Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemeseletan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.

Tuesday, November 13, 2007

TAHUN BARU

Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin .
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin....

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali aka n bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk
Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang maksudnya, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Lihat saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini
ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah.... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab itulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, SheikhTantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Disember bererti menyambut ulang tahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah...